Kelas Kemahiran Kendiri_Belajar menulis

23 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Paya Jakas telah membantu seorang kanak-kanak iaitu Adik Medina yang berumur 4 Tahun untuk belajar menulis sebagai persediaannya untuk ke alam persekolahan yang bakal diduduki pada 2025.

Adik Medina telah belajar cara untuk menulis perkara ringkas seperti ABC, 123 dan membuat pencantuman garisan untuk membentuk suatu bentuk, huruf atau gambar.
Adik Medina akan kerap hadir untuk membuat persediaan yang kukuh sebelum memasuki alam persekolahan. Adik Medina kini lebih cekap untuk membuat penulisan dan mewarna. Kelas ini dapat mengasah kemahiran kendirinya sebagai persediaan. Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula 3.30pm sehingga 4.30pm

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali